Selamat . Aman . Makmur

Selamat . Aman . Makmur

Program Hari Ini

Larangan islam hadhari kelirukan rakyat -Dari akhbar tempatan

oleh S. ANAND KUMAR
KUALA LUMPUR 28 Mei - Keputusan kerajaan Selangor mengharamkan program yang dikaitkan dengan konsep Islam Hadhari merupakan tindakan mengelirukan masyarakat Islam mengenai nilai-nilai positif yang terkandung dalam konsep itu.Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali itu menunjukkan beliau kemungkinan ketinggalan dari segi kefahaman prinsip tersebut.Menurut Muhammad, kerajaan Selangor juga membuat keputusan secara terburu-buru atau didesak oleh rakan dalam pakatan mereka yang menentang usaha memajukan syiar Islam.''Islam Hadhari pada prinsipnya bermatlamat meningkatkan tamadun Islam dan memberi kefahaman bagaimana orang Islam boleh berjaya dari segi ekonomi, sosial, mengurus kejayaan, hidup bermasyarakat dan toleransi antara agama.''Aspek yang didedahkan di bawah pendekatan Islam Hadhari ialah cara- cara memajukan umat Islam dalam bidang budaya yang umatnya masih jauh ketinggalan dalam bidang penguasaan ilmu, kemahiran diri, ekonomi, politik dan sosial.''Ini dapat dilihat dari segi jumlah umat Islam yang masih mundur, miskin dan tidak dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain yang telah maju dalam banyak bidang," katanya di sini hari ini.Isnin lalu, kerajaan Selangor mengharamkan sebarang program yang dikaitkan dengan konsep Islam Hadhari dilaksana dan dikembangkan di negeri itu.Menurut Hassan, melalui arahan tersebut, kesemua masjid dan surau di negeri itu tidak lagi dibenarkan mengadakan program yang menyentuh konsep yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Katanya, arahan itu dibuat kerana konsep Islam Hadhari tidak diperlukan di Selangor, memandangkan ajaran Islam yang diamalkan umat Islam di negara ini termasuk di negeri itu telah lengkap dan menyeluruh meliputi pelbagai bidang kehidupan manusia.Dalam pada itu, Muhammad berkata, Perdana Menteri telah beberapa kali menjelaskan bahawa Islam Hadhari bukan satu cabang agama baru tetapi adalah pendekatan untuk memudahkan umat Islam memahami sunnah dan kaedah yang diamal oleh Rasulullah dalam menjalankan dakwah Islam di kalangan orang Islam dan bukan Islam.Sehubungan itu, beliau berkata, tindakan kerajaan Selangor mengharamkan program itu dianggap kurang bijak ketika negeri itu sudah mencapai status maju.Tambahnya, adalah wajar untuk kerajaan negeri mengkaji semula keputusan pengharaman itu demi memastikan syiar Islam terus subur di Selangor.

1 comment:

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=IFKZLo6ncew

yb isa kaim