Selamat . Aman . Makmur

Selamat . Aman . Makmur

Program Hari Ini

TUNTUTAN SINGAPURA TERHADAP PERAIRAN PULAU BATU PUTIH DIPERTIKAI:
  • Pemimpin Johor membantah keras langkah Singapura yang mahu menuntut kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Ekslusif, EEZ di sekitar Batu Putih sambil menyifatkannya sebagai tindakan provakasi oleh republik itu. Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Sulaiman berkata negara tidak seharusnya terperangkap dengan langkah provakasi Singapura itu yang kerap kali digunakan ketika berurusan dengan Malaysia. Singapura sepatutnya merujuk isu tentang sempadan perairan sekitar Batu Putih kepada jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan kedua-dua negara sejurus selepas keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, ICJ di The Hague. Bagi ADUN kawasan Gelang Patah, Datuk Abdul Aziz Sapian pula kenyataan Singapura telah mendedahkan motif utamanya selepas ini iaitu memperluas wilayah perairannya dan menjadi kuasa maritim utama serantau. MALAYSIA & SINGAPURA TELITI PERUNDANGAN BATU PUTEH, KATA RAIS:
  • Malaysia dan Singapura sedang mengkaji segala aspek teknikal dan perundangan berhubung Batu Puteh, yang kini menjadi milik republik itu dan Batuan Tengah, yang menjadi kedaulatan Malaysia, serta status Tubir Selatan. Komen Datuk Seri Dr Rais Yatim: "Jawatankuasa teknikal negara masing-masing akan merangka format, skop dan menentukan bidang-bidang yang perlu diselesaikan menerusi perundangan dan teknikal dalam keupayaan mereka atau dalam keupayaan pakar-pakar lain.” Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Asean (AMM) ke-41 bersama rakan-rakan dialog di sini hari ini. Terdahulu, beliau menghadiri mesyuarat dua hala dengan Amerika Syarikat dan Rusia serta mesyuarat-mesyuarat sampingan. Adalah dilaporkan bahawa Singapura akan menuntut kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ)di sekitar Baru Puteh, yang diberikan kepada republik itu oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) 23 Mei lepas.